Tuesday, 30 April 2013

Majlis Bacaan Yassin

Pada Jumaat lepas, kami mengadakan Majlis Bacaan Yassin yang telah diketuai oleh Ustaz Azahar. Terima kasih diucapkan kepada penduduk Kg Bukit Nangka yang sudi datang memeriahkan dan meramaikan lagi majlis.

Ustaz Azahar

Penduduk Kg. Bukit Nangka

Antara ibu bapa yang hadir



Jamuan kecil-kecilan

Our cleaner Kak Anita, Cikgu Ina & our gardener Kak Rozita

Haziq makan dengan ibu

Mikhail makan sorang je??


Tuesday, 23 April 2013

Menguli Tepung

Hari ni cuba Izzah dengan Sasnitha je yang datang sebab yang lain demam. Tengah musim demam agaknya. Semua demam serentak. Get well soon ye Haziq, Harith dan Mikhail. 

Jadinya hari ni cikgu nak ajak Izzah dengan Sasnitha menguli tepung. Asyik menguli tanah liat aje kan? Jom layan gambar.

Bahan-bahannya: Tepung, pewarna, air dan besen ( dah macam nak memasak pulak )

Halus kan tepung ni

Ok kita letak air pulak

Izzah nak warna merah katanya

Sampai terkangkang Sasnitha menguli tepung

Sasnitha dapat warna hijau

Tengah kelim karipap katanya


Thursday, 18 April 2013

Jom Ronda

Aktiviti luar hari ni kita main basikal. Anak-anak PERMATA kalau diajak main basikal, diorang mesti teruja. Jom kita ronda sama-sama.




Naik motor dengan Cikgu Ina pulak


Dah macam dating berdua pulak Mikhail dengan Sasnitha ni

Jom Izzah, naik basikal dengan Cikgu Nurul



Wednesday, 17 April 2013

Family Big Book

Pagi tadi ibu bapa anak-anak PERMATA Gadek datang untuk membuat 'big book' tentang keluarga masing-masing. Ini sebahagian daripada Program PIBP. Program terpaksa dilakukan pada hari bekerja kerana pada hari minggu masing-masing telah mempunyai program sendiri. Jadi macam biasa...jom kita layan gambar.

Sebelum mula program, kita isi perut dulu

Tengok tu...macam-macam ada

Sasnitha memang tak nak berenggang dengan mak

Semangat sungguh Haziq nak buat big book sendiri

Tampal Mikhail...tampal...

Tengok tu, adik Mikhail pun nk buat big book sekali

Gam tumpah la pulak Haziq

Agaknya Mikhail tengah tengok big book Haziq dah siap ke belum?

Good girl Izzah. Dari awal sampai siap big book memang rajin buat sekali dengan ibu

Family Big Book Haziq

Family Big Book Harith

Family Big Book Sasnitha

Family Big Book Mikhail

Family Big Book Izzah

Tempat ke 5 - Harith

Tempat ke 4 - Sasnitha

Tempat ke 3 - Haziq. Nak ambil hadiah pun nangis ke Haziq? Alaaa

Tempat ke 2 - Mikhail

And the winner - Izzah
Tahniah kepada yang menang. Sebenarnya tiada yang menang tiada yang kalah. Hadiah sekadar suka-suka untuk memeriahkan program dan memberi semangat kepada anak-anak untuk membuat big book bersama ibu bapa.

Tahniah sekali lagi kepada semua yang hadir

Tuesday, 16 April 2013

Membalut Hamper

Esok Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik ( PIBP ) akan mengadakan program membuat 'big book' keluarga. Untuk memeriahkan program, mestilah ada hadiah atau hamper. Jom kita tengok anak-anak membalut hamper. Ni kira nak bagi motivasi pada diri anak-anak ni. Jadi esok mesti diorang akan buat bersungguh-sungguh sebab dah nampak hamper masing-masing.

Haziq cuba nak buka tanda harga pada pembalut sendiri. Clever boy!!!

Mikhail pegang sini ye. Cikgu nak salotape kat sini

Haziq berusaha nak buat hamper sendiri

Beriya Haziq nak lekatkan pembalut tu

Izzah pun nak cuba buka harga pada pembalut

OK Haziq pegang sini

Ni Mikhail punya!!!

Tengok tu, masing-masing berebut nak pegang

Giliran Izzah pula

Diorang cuba nak buat hamper sendiri. Bagus!!!

'Abang nak yang ni'

Hasilnya...

Sasnitha tak nak buat tapi nak bergambar je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...