Thursday, 31 October 2013

Lawatan ke Planetarium & Zoo Melaka

 Tarikh: 29/10/2013
Hari: Selasa

 Anak-anak PAPN Gadek telah dibawa melawat Planetarium dan Zoo Melaka. Untuk pengetahuan semua, kami tidak merancang untuk mengadakan lawatan ke Planetarium. Tetapi memandangkan hujan turun dengan lebat pada pagi Selasa, kami terpaksa membatalkan lawatan ke Zoo Melaka dan mencari alternatif lain iaitu berjalan ke tempat yang berbumbung.

Lawatan ini juga disertai oleh beberapa orang ibu bapa yang sangat sporting.

Lihat saja gambar yang ada ok. Oppss...lupa nak bagi tau.

[ ENTRI INI DIPENUHI GAMBAR ]

PLANETARIUM MELAKA

Semua muka teruja dapat keluar jalan-jalan

Kami dah sampai

Berapa harga tiket kak?

Amboi kemain posing

Planet

Buruj

Mikhail tengah cuba nak padankan buruj

Jam matahari

Dalam lif pun boleh

Beratur dulu

Sebelum tayangan dalam Planetarium Teater

Kalau dalam panggung wayang screen kat depan kan? Di Planetarium ni screen dekat atas. Jadi semua kena baring tengok kubah



Dah habis tayangan

Dah keluar semua lapar

Harga tiket


Setelah selesai lawatan di Planetarium Melaka, cuaca agak mengizinkan kami untuk mengadakan lawatan ke Zoo Melaka. 

Selagi belum penat, jom kita sambung berjalan.

ZOO MELAKA


Sementara tunggu orang lain ke toilet, yang lain bergambar dulu

Parrot ni masa kami datang asyik makan je. Agaknya memang lunch time dia kot

Yang berpayung ada, yang bertopi pun ada

Love bird

Tapir ni tidur je

Kancil



Rehat sekejap. Yeayyy nenek Haziq belanja aiskrim!!!

Nak masuk dalam tu ke Haziq?

Umairah dukung pun penat ye?

Leapord

Nak peluk harimau betul tak dapat. Peluk patung pun jadilah

Cute tiger

Uihhh garangnya harimau ni


Kalau kura-kura betul agaknya dah masukkan kepala agaknya

Thank you for joining us

Ungka ni buat aksi 18sx. Eeee maluuuuu

Nak tumbuk siapa tu Izzah?

Beruang

Muka orang kepenatan

Rehat lagi

Kenapa nangis Umairah? Siapalah yang usik tu ye

Dah jumpa playground semua tak nak balik

Tak penat lagi ke?

Cikgu-cikgunya penat dah

Biar betul???

Yang belakang tu posing free style

Nak beli survenir?
Masing-masing dah membeli, jom kita balik

Pujian harus diberikan kepada semua anak-anak Permata Gadek kerana larat berjalan keliling zoo. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang turut serta dalam lawatan kali ini. In shaa Allah akan ada lawatan lagi di masa akan datang.

Monday, 28 October 2013

Gotong-royong

 Tarikh: 26/10/2013
Hari: Sabtu
Masa: 8 pagi - 12 t/hari
Tempat: Perkarangan PAPN Gadek
Tema: Alam sekitar & komuniti

Pada hari Sabtu lepas, Persatuan Ibu Bapa & Pendidik ( PIBP ) PAPN Gadek telah mengadakan program gotong-royong. Antara tujuan utama diadakan program tersebut adalah:

  • memperbanyakkan lagi permainan untuk kanak-kanak terutamanya permainan tradisional 
  • mewujudkan laman hijau 
  • memperindahkan landskap PAPN Gadek
[ Jom cuci mata tengok gambar ]

Alih batu dulu



Macam dah biasa mencangkul je tu Cikgu Ina

Orang kuat hias pondok

Siap berbalut tangan

Add caption

Bersihkan dulu tempurung kelapa

Buang rumput dulu. Nanti pokok tak tumbuh tapi rumput yang tumbuh

Imam, Ketua Pemuda UMNO & Ketua KRT

Terima kasih kerana membantu

Teng-teng

Add caption

Apa yang diketuknya tu?

Hati-hati panjat

Add caption

Warna barulah cantik

Hasil kerja Umi Mikhail & Ibu Izzah

Cuba teka nak buat garisan apa tu?

Bersama Ketua Puteri UMNO Cik Rafidah

Ada sesiapa nak main galah panjang?

1 lagi permainan yang ibu Izzah buat

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada yang hadir membantu iaitu:
  • Ketua Pemuda UMNO
  • Ketua Puteri UMNO
  • Imam Masjid Kg. Gadek
  • Ketua Belia
  • Ketua Kelab Rukun Tetangga ( KRT )
dan
 
IBU BAPA SERTA PENJAGA
 
Jangan serik datang menolong kami disini ye. In shaa Allah khidmat anda semua akan diperlukan lagi pada masa akan datang. 
 
~ Keep Clean & Stay Healthy
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...