Friday, 25 April 2014

Birthday & Farewell Party

Tarikh: 23/4/2014
Hari: Rabu
Tempat: PAPN Gadek

PAPN Gadek telah mengadakan:

( 1 ) Sambutan hari lahir anak-anak yang lahir pada bulan Januari hingga April iaitu Dina, Qasrina, Zhi Ming, Mikhail, Iman, Qaseh dan Haffiy
( 2 ) Majlis perpisahan guru pelatih dari IPG Durian Daun iaitu Cikgu Laili dan Cikgu Ana

Tapi sebelum itu, kita kenalah bersenam dulu. Seronok tengok ramai ibu bapa datang hari ni.

Tolak kaki ke depan & kira sampai 8

Buat apa tu Fakhrul?


Lepas bersenam, kita bersukaneka sedikit ye. Permainan pertama, anak-anak main 'music chair'.


Sebelum main, kena dengar penerangan dulu

Jauhnya pusing Iman


Dalia termenung eh?

Alamak Aleesya dah terkeluarlah. X pe kita naik 'keretapi' ye.

Tinggal 2 orang je siapalah yang menang agaknya ni?

And the winner is.....Mikhail!!!!

Permainan kedua: Tuju / baling tin.

Sampai terbongkok-bongkok Umairah ye

Go Irfan!!! Go Irfan!!!

Alamak!!! Tak kenalah Qasrina. Cuba lagi ye.

Irfan tolong susun tin ye?

Apa yang cuba disampaikan?

Dah penat main diluar, kita masuk dalam dan bersedia untuk birthday and farewell party!!!


Hari ni kita makan bersila ye anak-anak

Ucapan dari Cikgu Ana

Ucapan dari Cikgu Laili

Cuba teka siapa yang paling tak sabar makan kek sebenarnya?

Yang diraikan...

Semua muka tak sabar tunggu kek
Selamat hari lahir diucapkan kepada anak-anak yang menyambutnya. Semoga menjadi anak-anak yang cerdik, sihat tubuh badan, taat kepada ibu bapa dan berguna pada masa hadapan

Untuk guru-guru pelatih, terima kasih dan tahniah dari kami di PAPN Gadek kerana telah tamat tempoh praktikal selama 12 minggu di sini. Minta maaf jika ada salah dan silap. Insya Allah kita jumpa lagi di masa akan datang.

Buat para ibu bapa yang hadir, terima kasih diucapkan atas kerjasama dan masa yang anda berikan kepada kami. Kami amat menghargai usaha dan jasa anda.

Monday, 14 April 2014

Musim Bunga

Nature walk kali ni memberi sedikit kelainan kepada anak-anak Permata. Anak-anak berpeluang menikmati 'musim bunga' yang sedang berlaku di Kg Gadek. 

Seronok anak-anak dapat lihat bunga-bunga gugur dengan banyak.

Oppsss terlupa nak bagitau. Pokok ni dekat jalan seberang Permata je. Tak jauh pun.



Tengok Mikhail tu. Feeling2 ada kat Korea kan. Hihi


Tak dapat pergi Korea, kita feeling-feeling musim bunga dekat Korea pun jadilah kan. 

Wednesday, 2 April 2014

Football Match

Tarikh: 2/4/2014
Hari: Rabu
Tempat: PAPN Gadek & Padang Futsal Kg Gadek

Setiap hari Rabu merupakan Hari Sukan bagi PAPN Gadek. Sebelum bersukan, anak-anak digalakkan untuk melakukan senaman.

Hari ini anak-anak dibawa ke padang futsal bersebelahan PAPN untuk bermain bola sepak. 

Aktiviti hari ini disertai oleh Abah Irfan yang datang melakukan penglibatan. 

Jom tengok gelagat anak-anak dan cikgu-cikgu bermain bole sepak.

Make a circle big big big

Kita buat senaman dulu ye

Bukan tunduk depan la Irfan

Semua tak sabar nak keluar. Asyik tengok pagar je

Bincang strategi ke tu?

Punya ramai gollkeeper

Confuse sekejap. Cikgu Ira tu referee ke player?

Yeayyy golllll!!!!!!!!!!!!!!!!

Haippp bola sepak mana boleh pegang. Nak kena kad merah ni.

Seronok anak-anak dan cikgu-cikgu dapat main bola di luar. 

Terima kasih kepada Abah Irfan kerana sponser 2 biji bola untuk anak-anak.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...