Friday, 25 April 2014

Birthday & Farewell Party

Tarikh: 23/4/2014
Hari: Rabu
Tempat: PAPN Gadek

PAPN Gadek telah mengadakan:

( 1 ) Sambutan hari lahir anak-anak yang lahir pada bulan Januari hingga April iaitu Dina, Qasrina, Zhi Ming, Mikhail, Iman, Qaseh dan Haffiy
( 2 ) Majlis perpisahan guru pelatih dari IPG Durian Daun iaitu Cikgu Laili dan Cikgu Ana

Tapi sebelum itu, kita kenalah bersenam dulu. Seronok tengok ramai ibu bapa datang hari ni.

Tolak kaki ke depan & kira sampai 8

Buat apa tu Fakhrul?


Lepas bersenam, kita bersukaneka sedikit ye. Permainan pertama, anak-anak main 'music chair'.


Sebelum main, kena dengar penerangan dulu

Jauhnya pusing Iman


Dalia termenung eh?

Alamak Aleesya dah terkeluarlah. X pe kita naik 'keretapi' ye.

Tinggal 2 orang je siapalah yang menang agaknya ni?

And the winner is.....Mikhail!!!!

Permainan kedua: Tuju / baling tin.

Sampai terbongkok-bongkok Umairah ye

Go Irfan!!! Go Irfan!!!

Alamak!!! Tak kenalah Qasrina. Cuba lagi ye.

Irfan tolong susun tin ye?

Apa yang cuba disampaikan?

Dah penat main diluar, kita masuk dalam dan bersedia untuk birthday and farewell party!!!


Hari ni kita makan bersila ye anak-anak

Ucapan dari Cikgu Ana

Ucapan dari Cikgu Laili

Cuba teka siapa yang paling tak sabar makan kek sebenarnya?

Yang diraikan...

Semua muka tak sabar tunggu kek
Selamat hari lahir diucapkan kepada anak-anak yang menyambutnya. Semoga menjadi anak-anak yang cerdik, sihat tubuh badan, taat kepada ibu bapa dan berguna pada masa hadapan

Untuk guru-guru pelatih, terima kasih dan tahniah dari kami di PAPN Gadek kerana telah tamat tempoh praktikal selama 12 minggu di sini. Minta maaf jika ada salah dan silap. Insya Allah kita jumpa lagi di masa akan datang.

Buat para ibu bapa yang hadir, terima kasih diucapkan atas kerjasama dan masa yang anda berikan kepada kami. Kami amat menghargai usaha dan jasa anda.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...