Friday, 12 December 2014

Hari Terbuka Kesihatan

Tempat: Perkarangan Mini RTC Gadek & PAPN Gadek
Tarikh: 10/12/2014
Masa: 8 pagi - 12 tengah hari
Anjuran: Mini RTC Gadek bersama Kementerian Kesihatan Malaysia

Anak-anak PAPN Gadek telah dijemput oleh pihak Mini RTC Gadek untuk turut serta dalam pertandingan mewarna dan demo cara memberus gigi. Pertandingan mewarna juga turut disertai oleh anak-anak kampung Gadek yang lain berumur antara 2 hingga 7 tahun.

Selain pertandingan mewarna, terdapat pelbagai acara menarik yang telah diaturkan oleh pihak Mini RTC Gadek seperti:
- Senamrobik
- Sukaneka
- Demo cara memberus gigi
 - Pemeriksaan gigi
 - Pemeriksaan Pap Smear
 - Pemeriksaan kesihatan
 - Cabutan bertuah

[ Pertandingan mewarna ]






[ Demo cara memberus gigi ]









[ Tiup belon ]


Kenapa belon anak-anak Permata tak besar ni?


[ Botol beracun ]


Irfan tak nak ambil botol

Antara wakil terakhir Permata yang tinggal untuk acara botol beracun. Yang lain semua dah terkeluar awal.





[ Pemeriksaan gigi ]



Amboi!!! Excited sangat nampaknya tu. Nanti tiba turn jangan menangis ye.

Kenapa senget-senget muka tu Irfan?



Bulat mata Amsyar tengok doktor tu ye?



[ Cabutan bertuah ]

Cikgu Ira je yang betuah hari tu. Cikgu Nurul dengan Cikgu Teresa tak berapa bertuah.
Terima kasih kepada pihak Mini RTC Gadek kerana menjemput anak-anak PAPN Gadek untuk turut serta dalam program yang dianjurkan. Seronok anak-anak dapat hadiah walaupun cuma saguhati. Lain kali jemput kami lagi ye.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...